Tuesday, 21 February 2017

Ingin ku jejak langkahmu



Tiada hati yang lebih mulia melainkan hati yang hidupnya kerana Allah dan matinya juga kerana Allah.

Di celah kesibukan, ia tetap mencari kesempatan. Menunaikan segala amanah dari Rabbnya dengan sejuta satu perasaan yang tidak mungkin dapat kau gambarkan.

Rasa gembira , sedih, syahdu, gelisah, sakit, tenang, bahagia, letih, kuat. Entah , itulah yang dirasakannya.

Laluilah jalan ini , serap kemanisannya dan buang pahitnya.. Yakinlah Jalan ini tak akan selamanya sunyi. Hanya sedikit saja yang dapat bertahan dalam melaluinya.

Hanya Allah Maha Mengetahui ,
Hanya Allah Sahaja yang Memahami..

Senyumlah, kita bukan seroang.. kita memerlukan satu dan yang lain untuk tetap kuat .. 

Kekuatan itu bukan datang dari dirimu, tetapi dari Rabbmu melalui insan-insan yang dipilihNya, melalui apa sahaja yang kita dengar dan lihat.

 Jadi ; Ayuh bangkit semula 

Senyum lah .. seolah-olah kau melihat Baginda Rasulullah didepan mata mu dengan penuh syahdu.. Aku tahu, kau boleh buat. yakin lah, yakin.. tidakkah kau rela merasa sakit, demi untuk membuat baginda tersenyum. Rasul mu memahami.. begitu juga Rabbmu. Redha dan terus melangkah hingga Allah  menjemputmu pulang..


Bertahanlah demi Cinta,
Bertahanlah demi meraih redhaNya,
Duhai insan yang dirindui syurga.


"Sungguh, sakit itu tetap akan menjadi nikmat bagi orang-orang yang beriman & bertaqwa"


#khidmatkuUntukDUA
#AllahwaRasul
#jejakcinta
#jejakRasul
 #travellogcintatertinggi

No comments:

Post a Comment