Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi..
Biar terpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah..
Aku akui diriku lemah,
Tapi yang terbaik adalah mereka yang bangkit setelah jatuh.
Aku cuma mampu berehat dari dunia,
Tapi aku sesekali tidak akan pernah berputus asa.
"If you're tired, learn to rest.. not to quit"
Nasihat itu membuat ku tersenyum pulas.
Biarlah aku merenung langit,
Melihat burung yang terbang dengan bebas..
Tidak ada sesuatu yang menghalangnya kecuali kematian.
Maka dia akan bebas bergerak kemana saja dengan Izin Allah.
Belajarlah dari sekeliling
Belajarlah dari mereka
Kerna kita bukan sebatang pohon..
Kita hanyalah salah satu daun dari pohon yang sama
Dirimu, diriku juga
Sakitmu, sakitku juga
Inilah keindahan bersatu kerana Allah.
Kau tidak akan dapat menjangka kemanisan yang kau rasai sekarang,
Kalau bukan dengan Izin-Nya.
Apakah kau akan menyia-nyiakan semuanya?
Yakinlah pada Dia.
Pasti ada sebab kenapa kita bertemu orang yang sama berkali-kali.
Agar kita memahami,
Saling menyayangi dan mendoakan.
Sama ada kita belajar dari kehadirannya, atau dia belajar sesuatu dari kita.
Ingatkah kau tentang pertemuan pertama kita?
Bagaimana kita bertemu,
Untuk apa,
Kerana siapa?
Pertemuan kerana Allah itulah yang mengikat hubungan persahabatan kita hingga sekarang.
Pernah kah kau berfikir,
Jika pertemuan kita itu selain kerana Nya,
Apakah kita akan bersama lagi sekarang?
Mungkin hidup kita cuma akan menjadi
"Kau, kau"
"Aku, aku"
Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mensyukuri kehadiran mereka dalam hidupmu.
Sebelum Allah mengambilnya kembali.
Senyumlah.
Apakah kau lupa,
Kita mempunyai pemilik yang sama,
Bahkan pertemuan pertama kita adalah untukNya,
Aku harap kita akan berjumpa lagi dalam pertemuan terakhir..
Didalam syurga Nya..
"Dia akan pegang erat hati hamba-hambaNya yang ikhlas dalam berukhuwah demi Allah . Yakin Allah akan satukan hati kita walau dimana saja kita berada. In sha ALLAH.. Allah akan kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ini. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu."
Bersabarlah wahai jiwa,
Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan kesabaranmu.
Kerana Dia tidak sesekali pernah mengecewakan..
Tidak pernah..
No comments:
Post a Comment