Duhai hati yang telah lama gundah, kenapa semua perkara jadi tak kena, diuji sikit sudah mengeluh "mengapa?" , diberi teguran jadi tak peka, dibuai nafsu terus jadi leka. Hati, kenapa kau selalu gundah gulana? Aku terus memohon kepada Allah, kenapa si hati tidak tetap. Jawapan demi jawapan ku cari akhirnya ku temui. Ada apa dengan nya?
...
Aku tergamam.
Si Hati sudah lama sakit.
Bagaimana aku tidak menyadarinya?
Allahu Rabbi.
Aku menangis , aku sedar aku semakin jauh.
Si hati tenat, lemah dan seakan akan mencari nyawa. Aku menjadi bisu. Apa yg hendak ku lakukan? Air mata ku membasahi pipi. Aku terus mengenggam si hati agar ia kembali kuat. "Bertahanlah. bertahanlah demi Allah."
...
Dan momen itu terasa sangat bernilai.
Seakan-akan "aku" dan "si hati" sedang bercinta. Ya, Obat si hati tidak ada pada manusia. Tapi pada Rabb-ul Jalil. Selama kegundahannya, seakan2 ia menjerit "pulang lah pada Dia". Apa pula yang ada pada diri ini? Sudah lama hanyut dibuai ombak nafsu. Hingga lupa berbicara dengan hati sendiri. Hingga lupa mendengar rintihan si hati. Wahai diri, Berlarilah menuju TuhanMu. Jangan biar akal mu menguasai nafsu.
Teruskan berlari,
Dan jangan pernah berhenti.
jangan pernah merasa bimbang.
Kerana hati yang benar-benar akan Allah,
Akan mendapat ketenangan dipenghujung jalan.
tersangatlah mustahil Allah tidak menolong hamba yang benar-benar ingin menuju kepadaNya.
Pesanku,
Pegang hatimu erat erat.
Jagalah ia, Cintai ia,
Lebih dari sesiapa.
Kerana Kehilangan sesuatu itu lebih baik dari kehilangan hati yang mencintai RabbNya.
#cureyourheart #fillItWithHisLove #heartconstruction
~ sincerely NF
Date : 08/11/16
(Posted 2.15AM)
No comments:
Post a Comment