Nantikan coretan terbaru saya :)
NF Channel
Dengan Nama Allah, Saya doakan supaya nukilan yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan pengajaran kepada para pembaca diluar sana. Semoga yang ditulis ini dapat menjadi asbab penghijrahan dan U-Turn kita kepada Allah wa Rasul.
Friday, 20 August 2021
20 August 2021
Alhamdulillah..satu permulaan baru ..
Thursday, 24 May 2018
Hati saya ibarat nyawa..
..
Duhai,
Hati ku ibarat nyawa,
yang menggenggam itu الله bukan مأنسي .
Maka jika kau sakiti, sudah tentu aku akan merasa sakitnya..
Sakit yang padanya seakan الله itu tiada. Tapi mana mungkin الله membiarkan mu sendiri....?
Cinta itu ibarat nyawa.
Cintailah selayaknya yang patut kau cintai.
Cintailah selayaknya dirimu mahu dicintai..
Patutkah sekeping hati mendamba cinta makhluk lebih dari tuhannya .. Sedang الله telah menyelamatkannya dari berbagai perkara ..
Patutkah kau menjadi majnun kepada مخلوق .. Sedang الله sentiasa menanti mu dipintu keampunan-Nya
Sakit itu akan hadir .. Nanti akan pudar juga. Seperti pudarnya kecintaan para sufi terhadap dunia. Hakikatnya hanya الله yang Maha Kuasa. الله lah yang memberi rasa.
Duhai,
Hati itu umpama nyawa..
Bergema nan syahdu hidupmu tika dibisikkan namaNya. Bergema nan syahdu mati mu, juga akan disebut namaNya.
Kalimat ini seharusnya terpahat dihati..biar ia selari dengan angan dan mimpi. Bahwa bertemu denganNya adalah pasti.
" لا إله إلا الله... لا إله إلا الله... لا إله إلا الله..."
Lantas sekeping hati itu,
Bila ia menyadari akan sesuatu hakikat,
yang terpahat dalam kalimat nan tinggi.
Terurailah genggaman tali, putuslah ia dibawa angin. Kesedihan mula redup, ketenangan mula menyapa..
Sekarang hati itu membiarkan, memang manusia mudah menyakitkan. Lantas jiwa harus cekal dan akal harus kedepan.
Melihat 'sosok' dunia dengan pandangan penuh hikmah, Hati itu tetap berdiri. Teguh dan menenangkan. Bukan seperti yang dulu.
Duhai,
Hati ku ibarat nyawa,
Lalu ku pagari ia dengan Asma-Nya,
Tak ku takut meninggalkan sesiapa,
Kerana hatiku sudah berserah pada-Nya.
Sakiti lah aku semahumu,
Sepengetahuan atau setidakpengetahuanmu,
Sungguh diamku dan صبركو disaksikan الله yang Maha Esa.
Patutkah aku takut..
Pada ancaman dunia dan مخلوق
Sedang dunia juga milik kerajaan الله ,
Siapakah kita..
Siapakah kita untuk berkata,
Mohon ampunNya saja apa kan daya,
Daku Mengemis akan rahmatNya,
Ya الله .. Ku mengharap ampunanmu sahaja..
Dan pastinya..
Monolog ini tiada apa, hanya nasihat kepada diri yang alpa. Kalau tidak pada hari ini, tahun-tahun hadapan, tulisan ini akan menegur penulisnya juga. Lebih merotan dan lebih pedih pastinya dari hari ini. Kerana penulisnya juga adalah orang yang sedang berusaha memperbaiki diri sendiri.. :)
"Ya Allah tiada siapa yang boleh menghalang sekiranya Engkau memberi. Tiada siapa yang boleh memberi sekiranya Engkau menghalang. Dan tidak ada kebaikan kekayaan daripada kekayaanMu."
Berkata seorang guruku..
"You don't know the value of something until you lose it"
Hingga sekarang..pepatah itulah yang mengajarku banyak perkara..
(SEKIAN WASSALAM)
- nukilan fatemaalba2l pada tarikh Mei 25, 2018M / NF
Thursday, 21 September 2017
Sekeping perasaan yang bermonolog dengan Tuhan
Lebih beragama kita, lebih besar ujianNya kepada kita. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita diuji dengan keikhlasan. Untuk menjadi baik mungkin mudah, tetapi untuk 'terus' menjadi baik, itulah yang sukar.
Bagaikan ada satu kolong di dalam hati kita. Tanpa Dia di situ, tiadalah Dia dimana-mana, selama-lamanya. Kita terbelenggu oleh perasaan-perasaan. Perasaan itulah alamat keimanan.
Kita punya perasaan benci dan marah. Kita manusia. Tiada siapa boleh melarikan diri. ALLAH menganugerahkan perasaan, tetapi Allah juga menganugerahkan kemampuan untuk kita memandu dan mendidiknya. Jika kita tidak memandu kebencian kita, kebencianlah yang akan memandu kita. Jika kita tidak mengawal kemarahan kita, kemarahanlah yang akan mengawal kita.
Untuk menghapuskan kebencian, kita harus segera memaafkan. Sukar tentunya. Tetapi usahanya harus bermula. Allah bersama dalam setiap usaha. Peritnya mujahadah... kerana syurga itu indah.
Berulang kali kita menafikan sebuah perasaan, berulang kali itulah kita tersungkur oleh kemahuan kita sendiri. Ada sesuatu yang diberitakan, andai kita lebih teliti mendengar. Betapa ramai orang yang memilih kalah berbanding menang, demi untuk memperoleh hati yang tenang.
Tiada apa pada monolog ini, hanya nasihat kepada diri sendiri. Kalau tidak pada hari ini, tahun-tahun hadapan, tulisan ini akan menegur penulisnya sendiri. Lebih merotan dan lebih pedih pastinya dari hari ini. Kerana penulisnya juga adalah orang yang sedang berusaha memperbaiki diri sendiri.
"Ya Allah tiada siapa yang boleh menghalang sekiranya Engkau memberi. Tiada siapa yang boleh memberi sekiranya Engkau menghalang. Dan tidak ada kebaikan kekayaan daripada kekayaanMu."
(Hadis Muttafaqun 'Alaih, Syarah Umdatul Ahkam.)
Saturday, 1 April 2017
Perindu Rasul
Siapakah engkau ya Muhammad ..
Begitu dahsyatnya engkau berada direlung hati kami…
Seluruh para penghuni alam ini membicarakan engkau…
Jika bukan karena engkau ya Muhammad …
Semua kami tidak akan pernah mengenal Rabb kami… :'/
Duhai Allah yang Maha Agung…
Maukah Engkau menghadirkan Beliau dalam mimpi kami...?
Memandang kesejukan wajahnya dalam pelukan hati…
Mendengar kemerduan suaranya memanggil Engkau…
Sebentar saja Ya Allah....
Duhai Allah Yang Maha Esa..
Semoga Engkau bangkitkan kami dalam barisan…
Yang sama bersama Rasul kami…
Yaa Habibi Yaa Rasulullah…
Kami merindukanmu…
Ya Nabi, Ya Rasulullah..
Cahaya hati kami kekasih Allah
Anta Syamsun anta badrun
Anta Nurun fawqa nuri ..
Engkaulah Surya yang menyinari kelamnya hati manusia..
Engkaulah purnama penerang gelapnya jiwa manusia..
Engkaulah cahaya diatas cahaya..
Ya Nabiyallah Ya Habiballah
Betapa mulia akhalkmu
bagai cahaya kemuliaan Al-Qur’an
Besarnya perjuanganmu menegakkan agama
Agungnya cintamu menyayangi sesama
senyummu padah Wajah Dunia
Betapa indah sikapmu tertanam dalam jiwa..
:') 🍃
Tuesday, 21 February 2017
Ingin ku jejak langkahmu
Tiada hati yang lebih mulia melainkan hati yang hidupnya kerana Allah dan matinya juga kerana Allah.
Di celah kesibukan, ia tetap mencari kesempatan. Menunaikan segala amanah dari Rabbnya dengan sejuta satu perasaan yang tidak mungkin dapat kau gambarkan.
Rasa gembira , sedih, syahdu, gelisah, sakit, tenang, bahagia, letih, kuat. Entah , itulah yang dirasakannya.
Laluilah jalan ini , serap kemanisannya dan buang pahitnya.. Yakinlah Jalan ini tak akan selamanya sunyi. Hanya sedikit saja yang dapat bertahan dalam melaluinya.
Hanya Allah Maha Mengetahui ,
Hanya Allah Sahaja yang Memahami..
Senyumlah, kita bukan seroang.. kita memerlukan satu dan yang lain untuk tetap kuat ..
Kekuatan itu bukan datang dari dirimu, tetapi dari Rabbmu melalui insan-insan yang dipilihNya, melalui apa sahaja yang kita dengar dan lihat.
Jadi ; Ayuh bangkit semula
Senyum lah .. seolah-olah kau melihat Baginda Rasulullah didepan mata mu dengan penuh syahdu.. Aku tahu, kau boleh buat. yakin lah, yakin.. tidakkah kau rela merasa sakit, demi untuk membuat baginda tersenyum. Rasul mu memahami.. begitu juga Rabbmu. Redha dan terus melangkah hingga Allah menjemputmu pulang..
Bertahanlah demi Cinta,
Bertahanlah demi meraih redhaNya,
Duhai insan yang dirindui syurga.
"Sungguh, sakit itu tetap akan menjadi nikmat bagi orang-orang yang beriman & bertaqwa"
#khidmatkuUntukDUA
#AllahwaRasul
#jejakcinta
#jejakRasul
#travellogcintatertinggi
Thursday, 5 January 2017
Pertemuan Terakhir
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi..
Biar terpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah..
Aku akui diriku lemah,
Tapi yang terbaik adalah mereka yang bangkit setelah jatuh.
Aku cuma mampu berehat dari dunia,
Tapi aku sesekali tidak akan pernah berputus asa.
"If you're tired, learn to rest.. not to quit"
Nasihat itu membuat ku tersenyum pulas.
Biarlah aku merenung langit,
Melihat burung yang terbang dengan bebas..
Tidak ada sesuatu yang menghalangnya kecuali kematian.
Maka dia akan bebas bergerak kemana saja dengan Izin Allah.
Belajarlah dari sekeliling
Belajarlah dari mereka
Kerna kita bukan sebatang pohon..
Kita hanyalah salah satu daun dari pohon yang sama
Dirimu, diriku juga
Sakitmu, sakitku juga
Inilah keindahan bersatu kerana Allah.
Kau tidak akan dapat menjangka kemanisan yang kau rasai sekarang,
Kalau bukan dengan Izin-Nya.
Apakah kau akan menyia-nyiakan semuanya?
Yakinlah pada Dia.
Pasti ada sebab kenapa kita bertemu orang yang sama berkali-kali.
Agar kita memahami,
Saling menyayangi dan mendoakan.
Sama ada kita belajar dari kehadirannya, atau dia belajar sesuatu dari kita.
Ingatkah kau tentang pertemuan pertama kita?
Bagaimana kita bertemu,
Untuk apa,
Kerana siapa?
Pertemuan kerana Allah itulah yang mengikat hubungan persahabatan kita hingga sekarang.
Pernah kah kau berfikir,
Jika pertemuan kita itu selain kerana Nya,
Apakah kita akan bersama lagi sekarang?
Mungkin hidup kita cuma akan menjadi
"Kau, kau"
"Aku, aku"
Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mensyukuri kehadiran mereka dalam hidupmu.
Sebelum Allah mengambilnya kembali.
Senyumlah.
Apakah kau lupa,
Kita mempunyai pemilik yang sama,
Bahkan pertemuan pertama kita adalah untukNya,
Aku harap kita akan berjumpa lagi dalam pertemuan terakhir..
Didalam syurga Nya..
"Dia akan pegang erat hati hamba-hambaNya yang ikhlas dalam berukhuwah demi Allah . Yakin Allah akan satukan hati kita walau dimana saja kita berada. In sha ALLAH.. Allah akan kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ini. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu."
Bersabarlah wahai jiwa,
Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan kesabaranmu.
Kerana Dia tidak sesekali pernah mengecewakan..
Tidak pernah..
Tuesday, 3 January 2017
Atas Nama Cinta
Mencintai-Mu bukanlah keraguan bagiku.
Kerana kau selalu ada dalam suka dan dukaku.
Bahkan Kau selalu ada dalam bangun dan tidurku.
Dari kelemahan hingga kelebihanku Kau tahu..
Tapi Kau tidak pernah meninggalkanku sendiri.
Ya Allah..
Memang perasaan cinta adalah fitrah bagi setiap manusia.
Maka Kau tumpahkan perasaan cintaku ini pada hamba-hambaMu yang Kau cintai.
Alhamdulillah atas nikmat ini ya Rabb.
Terlalu banyak nikmat yang telah Kau beri.
Jika manusia mengiranya dengan mesin sekalipun, maka akan meletuplah mesin tersebut kerana besarnya nikmatMu yang nyata tidak ber-angka.
Ya.
Beritahu dia Ya Allah..
Yang aku tidak pernah melepas namanya dari genggam doa.
Jika kau membaca ini,
Aku harap kau tetap tabah dalam jalan ini.
Kuatlah demiNya.
Ketahuilah sebesar mana kesedihanmu,
Selemah mana jasad mu memikul ujian,
masih ada sahabat yang sentiasa mendoakan mu,
sekalipun tanpa sedarmu.
Janganlah kau berputus asa dengan Rahmat Allah.
Jika benar Allah berada dalam hatimu, percayalah tiada seorangpun manusia dibumi yang mampu melukai hatimu.
Tetap kuat,
Berdoa,
Berusaha,
Dan bersabarlah.
kerana hasil tidak akan mengkhianati prosesnya.
Percayalah.
Masih ada keluarga dan sahabat yang mencintaimu ,
Masih ada Rasulullah yang merinduimu
yang mendoakan mu dalam diam.
Sekalipun tanpa sedarmu.
Carilah kekuatan.
Mintalah dariNya.
sesungguhnya kekuatan itu ada pada cinta.
Dan Cinta yang indah adalah yang saling menguatkan dalam keimanan dan keteguhan hati.
Kerna aku yakin,
tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang yang sama dalam perjalanan..
Dengarkan aku,
Aku mencintaimu kerana Allah.
Apa kau mencintaiku juga?
Mahukah kau genggam tanganku dan berlari menujuNya?
mahukah kau duduk dengan ku bersama Rasulullah dipinggir sungai syurga?
Mahukah kau menyelamatkan ku tatkala aku terjatuh kelembah kelalaian?
Sungguh, aku amat mencintaimu dan berharap kita bertemu dalam syurgaNya.
"Bahawa perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh. Atau kerana ditinggalkan orang yang tercinta. Bahkan kematian pun bukanlah perpisahan. Sebab kita pasti akan bertemu diakhirat. Perpisahan itu adalah jika salah satu diantara kita di syurga dan salah satunya dineraka."
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Mengetahui.
Inilah hasil pencarianku,
banyakkan berdoa pada Nya.
"You don't understand how powerful du'a is.."
Harus kau tahu,
Adanya kita sekarang kerana doa seseorang.
Kuatnya kita sekarang kerana doa seseorang.
Hebatnya kuasa doa.
"Walau berjauhan tetapi tetap terikat dan saling mendoakan.."
AKU MOHON
Ingatlah aku dalam doamu.Kerana mencintaimu adalah sebagian dari doaku.
Semoga Allah menghadirkan rasa cinta itu padamu,
Wahai sahabat fillah ku.
Ikhlas,
Seseorang yang mencintaimu dalam diam.
"Andai sahabat melukai hatimu,
Tulislah di atas pasir agar angin meniupnya pergi.
Namun andai sahabat melakukan kebaikan padamu,
Tulislah ia di atas batu,
Tak akan hilang walau dilanda badai."
#ukhuwahkeranaAllahtidakpernahmati
#ukhuwahkeranaAllahhinggakesyurga
#doadalamdoa
Subscribe to:
Posts (Atom)