Thursday, 5 January 2017

Pertemuan Terakhir


Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi..

Biar terpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah..

Aku akui diriku lemah,
Tapi yang terbaik adalah mereka yang bangkit setelah jatuh.
Aku cuma mampu berehat dari dunia,
Tapi aku sesekali tidak akan pernah berputus asa.

"If you're tired, learn to rest.. not to quit"

Nasihat itu membuat ku tersenyum pulas.
Biarlah aku merenung langit,
Melihat burung yang terbang dengan bebas..
Tidak ada sesuatu yang menghalangnya kecuali kematian.
Maka dia akan bebas bergerak kemana saja dengan Izin Allah.

Belajarlah dari sekeliling
Belajarlah dari mereka
Kerna kita bukan sebatang pohon..
Kita hanyalah salah satu daun dari pohon yang sama
Dirimu, diriku juga
Sakitmu, sakitku juga

Inilah keindahan bersatu kerana Allah.
Kau tidak akan dapat menjangka kemanisan yang kau rasai sekarang,
Kalau bukan dengan Izin-Nya.

Apakah kau akan menyia-nyiakan semuanya?
Yakinlah pada Dia.
Pasti ada sebab kenapa kita bertemu orang yang sama berkali-kali.
Agar kita memahami,
Saling menyayangi dan mendoakan.
Sama ada kita belajar dari kehadirannya, atau dia belajar sesuatu dari kita.

Ingatkah kau tentang pertemuan pertama kita?
Bagaimana kita bertemu,
Untuk apa,
Kerana siapa?

Pertemuan kerana Allah itulah yang mengikat hubungan persahabatan kita hingga sekarang.
Pernah kah kau berfikir,
Jika pertemuan kita itu selain kerana Nya,
Apakah kita akan bersama lagi sekarang?
Mungkin hidup kita cuma akan menjadi

"Kau, kau"
"Aku, aku"

Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mensyukuri kehadiran mereka dalam hidupmu.
Sebelum Allah mengambilnya kembali.

Senyumlah.
Apakah kau lupa,
Kita mempunyai pemilik yang sama,
Bahkan pertemuan pertama kita adalah untukNya,
Aku harap kita akan berjumpa lagi dalam pertemuan terakhir..

Didalam syurga Nya..

"Dia akan pegang erat hati hamba-hambaNya yang ikhlas dalam berukhuwah demi Allah . Yakin Allah akan satukan hati kita walau dimana saja kita berada. In sha ALLAH.. Allah akan kumpulkan hati-hati ini untuk sentiasa erat dan kukuh. Yakinlah kepada Allah untuk terus pegang hati kita atas jalan dakwah ini. Atas jalan dakwah inilah hati kita akan terus bersatu."

Bersabarlah wahai jiwa,
Allah tidak akan pernah menyia-nyiakan kesabaranmu.
Kerana Dia tidak sesekali pernah mengecewakan..

Tidak pernah.. 



Tuesday, 3 January 2017

Atas Nama Cinta


Mencintai-Mu bukanlah keraguan bagiku.
Kerana kau selalu ada dalam suka dan dukaku.
Bahkan Kau selalu ada dalam bangun dan tidurku.
Dari kelemahan hingga kelebihanku Kau tahu..
Tapi Kau tidak pernah meninggalkanku sendiri.

Ya Allah..
Memang perasaan cinta adalah fitrah bagi setiap manusia.
Maka Kau tumpahkan perasaan cintaku ini pada hamba-hambaMu yang Kau cintai.
Alhamdulillah atas nikmat ini ya Rabb.
Terlalu banyak nikmat yang telah Kau beri.
Jika manusia mengiranya dengan mesin sekalipun, maka akan meletuplah mesin tersebut kerana besarnya nikmatMu yang nyata tidak ber-angka.

Ya.
Beritahu dia Ya Allah..
Yang aku tidak pernah melepas namanya dari genggam doa.
Jika kau membaca ini,
Aku harap kau tetap tabah dalam jalan ini.
Kuatlah demiNya.
Ketahuilah sebesar mana kesedihanmu,
Selemah mana jasad mu memikul ujian,
masih ada sahabat yang sentiasa mendoakan mu,
sekalipun tanpa sedarmu.

Janganlah kau berputus asa dengan Rahmat Allah.
Jika benar Allah berada dalam hatimu, percayalah tiada seorangpun manusia dibumi yang mampu melukai hatimu.

Tetap kuat,
Berdoa,
Berusaha,
Dan bersabarlah.
kerana hasil tidak akan mengkhianati prosesnya.
Percayalah.

Masih ada keluarga dan sahabat yang mencintaimu ,
Masih ada Rasulullah yang merinduimu
yang mendoakan mu dalam diam.
Sekalipun tanpa sedarmu.


Carilah kekuatan.
Mintalah dariNya.
sesungguhnya kekuatan itu ada pada cinta.
Dan Cinta yang indah adalah yang saling menguatkan dalam keimanan dan keteguhan hati.
Kerna aku yakin,
tujuan yang sama akan mempertemukan orang-orang yang sama dalam perjalanan..


Ya,
Dengarkan aku,
Aku mencintaimu kerana Allah.
Apa kau mencintaiku juga?

Mahukah kau genggam tanganku dan berlari menujuNya?
mahukah kau duduk dengan ku bersama Rasulullah dipinggir sungai syurga?
Mahukah kau menyelamatkan ku tatkala aku terjatuh kelembah kelalaian?
Sungguh, aku amat mencintaimu dan berharap kita bertemu dalam syurgaNya.

"Bahawa perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yang jauh. Atau kerana ditinggalkan orang yang tercinta. Bahkan kematian pun bukanlah perpisahan. Sebab kita pasti akan bertemu diakhirat. Perpisahan itu adalah jika salah satu diantara kita di syurga dan salah satunya dineraka."

Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Mengetahui.

Inilah hasil pencarianku,
banyakkan berdoa pada Nya.
"You don't understand how powerful du'a is.."

Harus kau tahu,
Adanya kita sekarang kerana doa seseorang.
Kuatnya kita sekarang kerana doa seseorang.
Hebatnya kuasa doa.
"Walau berjauhan tetapi tetap terikat dan saling mendoakan.."

AKU MOHON
Ingatlah aku dalam doamu.
Kerana mencintaimu adalah sebagian dari doaku.
Semoga Allah menghadirkan rasa cinta itu padamu,
Wahai sahabat fillah ku.

Ikhlas,
Seseorang yang mencintaimu dalam diam.

"Andai sahabat melukai hatimu,
Tulislah di atas pasir agar angin meniupnya pergi.
Namun andai sahabat melakukan kebaikan padamu,
Tulislah ia di atas batu,
Tak akan hilang walau dilanda badai."

#ukhuwahkeranaAllahtidakpernahmati
#ukhuwahkeranaAllahhinggakesyurga
#doadalamdoa

Sunday, 1 January 2017

Syahid yang menghidupkan #1



Wahai jiwa,
Bangunlah! Bangunlah! Bangunlah!
Apakah kau sudah bersedia ..?

Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad..

Satu lagi Pemergian seorang mujahidah
yang ternyata membangkitkan ramai jiwa..
As Syahid Almarhumah Nurun Naqiah ibnatu Matahir.
Ya, dia lah sahabatku dan sahabatmu.
Dialah saudara seislam-mu.

malam pemergiannya sangat sunyi dari perkara yang sia sia.
bahkan diisi dengan lantunan kalamullah dari setiap bibir pelawat setia..

Disaat aku dikhabarkan tentang keadaannya yang tenat,
Hati ini risau bak dilanda ombak..
Aku berdoa agar dia baik baik saja.
Tapi aku amat sekali ingin bertemu dengannya.

Kelip kelip mata..
Allahu Akbar,
Aku sudah berada dihadapannya.
Melihat telinganya sudah dibisik syahadah berulangkali,
ku lihat semua bibir pelawat berzikir tak henti henti.
Aku hampir menangis,
Tapi bila aku melihat wajahnya..
Sungguh aku tenang.

Aku menangis kerana Allah ingin berjumpa dengannya.
Aku lalu tersenyum , lantas berkata didalam hati..

"Allahu Akbar.. she's meeting Allah..she's meeting Allah.. "

Menitik air mata ku bahagia,
Kerana aku tahu,
Dia juga merindui Allah ..
seperti Allah merinduinya.
Bau harum menusuk kehidungku,
Dengan lantunan ayat suci Alquran,
Hatiku teramat tenang melihatnya.
Lantas aku redha..

#part1

mampukah kau mendoakan?



Madad ya Habiballah..

 aku sedang berusaha dan akan tetap berusaha.. tatkala dunia ingin memperlihatkan, Engkau sembunyikan pula apa yang terbeku didalam hati. Entah entah, Allah menyimpannya untuk akhirah.. bak kata pepatah ..

 "berbicaralah mengikut kemampuanmu, jika tak mampu kau katakan dengan lisan, katakanlah dengan perbuatan.. bicarakan ia dalam doa. Biar Allah dan Rasul menjadi saksi dan akan terlihatlah semua usahamu diakhirat kelak.."

Pada satu titik
Aku hanya mampu tersenyum dan menangis..
Banyaknya kita menghukum tanpa disedari..
Tapi sungguh sikitnya kita berdoa untuk mereka.

Mereka memerlukan doa kita.
Siapa 'mereka'?
Tanya hati mu..
Mereka lah sahabat-sahabatmu.

Berdoalah.