Thursday, 8 December 2016

PENGORBANAN



Cinta tidak akan menuntut kesempurnaan.
Cinta akan memahami, menerima dan rela untuk berkorban.
Kerana cinta seharusnya membuatmu lebih meraih redhanya Allah ketimbang ikutan nafsu.

Cinta yang Allah redha padanya adalah cinta yang tidak pernah merasa luka,
Malah membahagiakan.
Kerana dalam hal cinta itu,
Allah lah yg paling atas,
bukan perasaannya.

Maka bila terjadi yang sedemikian,
yang dibawah akan turut mengalir mengikut aliran cinta diatas.

Ingat,
jika kita mencintai,
Bermakna kita mampu.
mampu untuk berusaha.
Mampu untuk mengawal.
Mampu untuk membuat pilihan.

Selagimana kau mampu untuk bermujahadah,
Teruskanlah.
Kerana penilaian orang lain tidak akan dapat mempengaruhi nilai kita dihadapan Allah.

Wakafaa billah..
Cukuplah ALLAH.
Cukuplah Dia bagimu..
Cukup Allah saja yang menilai semua usahamu.



Allahu ya Salaam.

-NF Channel

Friday, 2 December 2016

Heart of a Believer

Aku meyakini bahwa cintaku itu ada pada doa.

Kerna apa?
Doa itu ajaib.
Doa itu bukti cinta.
Doa itu penghubung.
Doa itu bukti rindu.

...

Entah , aku merasa tenang. Tenang dalam doa ini. Jika aku sudah hanyut dalam perasaan ini, ya Rabb hanyutkan aku lagi. Hanyutkan aku selamanya.


....

Bila aku berdiri, memang ada saja yang ingin menjatuhkan. Kau ingin tahu sesuatu? Ya , dunia ini menyakitkan. Jatuhkan lah aku semahumu! Tapi kau silap, Aku akan tetap jatuh pada Allah dan Rasul.

Bila aku gembira, memang ada saja yang ingin menikamku. Kau ingin tahu sesuatu? Tikamlah aku berjuta juta kali. Aku akan tetap berdiri pada jalanNya. Walaupun aku tak ternyawa.

Memang,

jalan menuju Allah tidak mudah. Seperti memahami calon pasangan pilihanmu. Bukankah begitu? Kau amati lah.  Lagi susah  kau fahami manusia. Kenali Rabb mu, fahami Dia. Dan kau akan dapat memahami semua aturanNya. Yakin. Allah akan bantu.

Sekarang,
Buka mata hatimu,
Lihat lah semuanya dengan kaca mata "Allah wa Rasul"
Nescaya kau akan tersenyum.
Tiada kebingungan,
Tiada resah,
Tiada gelisah.
Bahkan , kau redha.


Aku tahu,
Siapalah aku untuk berbicara.
Aku cuma debu habuk.
Beterbangan menyelusuri dunia,
Tidak terlihat,
Bahkan tidak dilihat.

Pesanku,
Bila kau rasa gembira atau derita,
Kau rasa hilang arah,
Atau kau rasa tersungkur kebumi,
Ingatlah,
Kedua dua ini.

ALLAH WA RASUL..

KEMBALILAH PADA KEDUA INI..
walaupun dalam keadaan merangkak.
Walaupun dalam keadaan separuh nyawa.
Walaupun kau terpaksa meninggalkan orang yang kau sayang..

Jangan pernah tinggalkanNya..
Berdoalah.
Allah Maha Mendengar.
Allah Ar Rahman..

Ingat,
Doa itu cinta.
Cintailah Allah sepenuhnya.

Jagalah Allah baik-baik dalam hati.
In sha Allah, Allah akan menjagamu.
Pasti.

NF
Www.travellogkakyong.blogspot.com